Assalamualaikum dan semoga sihat hendaknya pada mereka yang pertama kali berkunjung sini. Maaf, mungkin kali pertama ini, blog saya tidak seperti yang saya harapkan iaitu kemas dan sempurna. Mungkin dari semasa ke semasa, saya akan cuba mengemaskinikannya dengan lebih teratur.
Syukur, Alhamdulliah. Tujuan saya untuk menulis suatu yang lebih luas dapat dikembangkan. Saya akui tanpa tunjuk ajar dari adik, blog ini mungkin tidak dapat dicipta atau diwujudkan. Syukran, Saudariku. Semoga Allah memberi ilham kepadanya idea dan ditenangkan jiwanya ketika menghadapi dugaan. Amin.
Simbahan cintaNya. Idea ini sebenarnya ilham dariNya ketika saya melihat sekeliling rumah ketika cahaya matahari pada paginya atau hujan tidak kira
pada waktunya boleh ditembusi dari cermin rumah. Masya Allah. Simbahan suatu yang indah ketika menerima cinta dariNya. Tidak kira semasa kita menyampaikan dakwah, memberi pertolongan kepada siapa yang memerlukan dan ketika kita cuba memperbaiki ke arah yang lebih baik, bukankah simbahan cinta dariNya datang semasa kita ikhlas mengamalkan suruhanNya? Dan bukankah, setiap simbahan cintaNya membuatkan kita selalu berasa kerdil atas segala kebesaranNya?
Para pembaca yang saya kasihi,
Siapa sahaja mungkin akan menjadi insan yang lebih baik dari masa dahulu saat menerima NUR Nya. Jadi, janganlah terasa ketika ada yang menyangka kamu masih lagi seperti biasa. Kesabaran bukankah memerlukan jiwa kita menjadi lebih teguh dari sebelumnya? Kita selalu mencariNya ketika susah, tetapi kenapa ketika kita senang, kita tidak terfikir untuk mencariNya? Ya, mungkin ada yang menyatakan kita perlu beribadat kepadaNya walhah konsep untuk mencarinya sangatlah luas. MencariNya dalam senang adakalanya perlu kita uji iaitu merenung ciptaanNya seperti pemandangan laut, pemandangan matahari dan bulan yang beralih pada waktunya. Mungkin juga dengan menyebarkan dakwah tidak kira sedikit atau panjang isinya, bukankah hati kita seperti disirami oleh cintaNya?
Dan ingatlah, cintakan pada Yang Hak sebelum bercinta kepada kaum yang berlainan jantina. Bukankah ketika menerima cintaNya, kita tidak akan ditinggalkan selamanya? Jadi, apakah pilihan kita pada masa ini? Tarbiahkan hati. Tepuk dada, tanya iman. Siapakah yang rugi menerima cintaNya?
No comments:
Post a Comment